Someone I would say that...

Saturday, December 31, 2011

Assalamualaikum...


Sometimes, it's better to let go of the things that made u feel worthless rather than u stick to them. 


Hye semua, harap2 sihat. =) Dah masok tahun 2012, cepatnya, kan ? Cuba bagitahu saya, ada tak yang rasa masa makin lambat berlalu ? Err, rasanya takde. Kecuali yang masih tak sedar sedar diri hehe. Jomlah kita sentiasa menyedarkan diri sendiri ye on the other words, muhasabah diri sendiri  ^^.. Well, sebenarnya taknak buat pun entry nih. Ceyt.. Tapi disebabkan tengok hampir semua laman sosial cakap pasal this coming new year, azam tahun baru etc semua. Jadi naik rimas pulak ehee..


Bukan marah cuma rasanya kalau azam kita, tak perlu kot nak heboh pada semua orang. No need the whole world to know them. Cukuplah kita dan Dia sahaja yang tahu. Kenapa ? Sebab benda tu hanyalah azam. Perancangan, tapi belum tentu akan berjaya. It's not like I'd said that it's good for nothing to have a new things ahead to be done. No. Totally nope. Perancangan itu sangat bagus ! It's actually a good thing but lebih baik sekiranya disimpan sendiri sahaja. Tidak dihebohkan. Lagi satu, bila dihebohkan risau jugak kiranya benda tersebut akan menjadi riak. Tak gitu ? Selalunya kan azam baru ni semua yang tentang baik baik, comey comey, hensem hensem etc lah, dan bila ada orang komen, akan jadi melarat and then.. you know what i meant right huhu..


Dan saya rasa azam ni tak perlu kot nak ada setiap kali nak masuk tahun baru je. Ye dokkk ? Sebabnya azam ni kita boleh buat setiap hari. Barulah consistent... Dan barulah lebih jelas apa yang kita nak dapatkan sebab kita tahu bila azam hari ni kita tak dapat then esoknya, kita boleh perbaiki. Kat mana salah silapnya. Eh, itu hanyalah pendapat peribadi saya je. No offense. Bak kata pepatah la, lain orang lain pendapat. Rambut sama hitam, hati lain2. Errkk, tetiba ! =_=


Okeilah sebenarnya, entry nih bukan sebab this coming new year of 2012 tapi disebabkan ingin mencoretkan sedikit nukilan buat seseorang, seseorang yang sangat penting dalam hidup saya. Seseorang yang menyebabkan saya adalah diri saya sekarang. Seseorang yang tak dapat nak terungkapkan di sini perihal dia even banyak mana saya describe pun. It wouldn't tell you everything about this someone as it can't be described and even I myself don't know to ! That's mean, that someone's very important to me !. I do mean it =). Jadi terimalah nukilan hati yang tak-berapa-menjadi. Tapi takpelah asal lahir dari hati-yang-tulus-suci insyaAllah eheheee...


It's hard to find the words to say,
on how much u mean to me,
I would say I don't know who I am,
and where would I be,
if it wasn't for your love and care...

I would say that u're incredibly amazing,
And really I don't really know what words can be used
to tell u
on how much I love and care for u..

And I know, those word are worthless to be said
as no spell could be used to describe
on how much I love and care for u.. =(

But one things u should know,
Every second time flies fast..
Every breath I took..
Every words I said..
U can always count on me,
like I count on u since my childhood.

U can always put your trust on me, on my words..
And please, always be my special one till the end of my life =(
As I'm eager to be with u in ups and down till the death do us apart..
InsyaAllah...

Happy birthday mum and always have a blessed by Allah swt..
I'll always pray for u. Hold on to my words, insyaAllah ^___^
Thanks for everything, for those each single things u've done to me !


*Kesilapan tatabahasa ? Err, tolong bagitahu, saya budak baru belajar, segala komen sedia didengar =_="


Kaulah ibuku ! Terima kasih ma atas segalanya dan jah akan sentiasa doakan kesejahteraan ma dalam setiap doa... Sebab sekarang hanya itu yang termampu untuk dilakukan  ='(


Actually, hari lahir ma saya dah lepas. Tapi tak sempat nak buat entry on last 29th dec. Kiranya belated lah ni, takpelah at least terucap jugak di blog picisan even saya tau ma saya takkan baca sebab ma tak tahu kewujudan blog ni hikhik.. Hurm... Okeh, dah !


Jangan lupa titipkan doa untuk ibu bapa kita setiap kali lepas solat, tahu kan bila kita doakan ibu bapa rezeki kita akan dimurahkan Allah. Sabda Rasulullah saw, "Apabila seseorang itu tidak lagi mendoakan kedua ibu bapanya, sesungguhnya dia telah memutuskan jalan rezekinya"-Hadith Riwayat Ad-Dailami.  Wallahua'lam. Segala salah silap tolong betulkan saya, dan maaf kalo terasa entry permulaan. Hanya sekadar memberi pendapat. Jom berusaha lebih keras mencapai azam kita ! Ganbatte nee~ Jya =)


Tolong doakan ma dan abah saya dipanjangkan umur dan dikurniakan kesihatan yang baik. Korang memang baik hati. =')



Ketenangan hati =)

Tuesday, December 27, 2011

Assalamualaikum...

Zikir munajat. Semua antara kita tau kan banyak faedahnya. Cuma ringan atau berat je kita amalkannya =). Antara faedah zikir, saya amek dari link ni =). Terima kasih atas ilmunya =')

1. Mewujudkan tanda baik sangka kepada Allah dengan amal soleh ini.

2. Menghasilkan rahmat dan hidayah Allah.

3. Memperolehi sebutan dari Allah dihadapan hamba-hamba yang pilihan.

4. Membimbing hati dengan mengingat Allah dan menyebut Allah.

5. Melepaskan diri dari azab.

6. Memelihara diri dari gangguan syaitan khannas dan membentengi dari dari maksiat.

7. Mendatangkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

8. Mendapatkan darjat yang mulia di sisi Allah.

9. Memberikan sinaran kepada hati dan menghilangkan keruhan jiwa.

10. Menghasilkan tegaknya satu rangka dari Iman dan Islam.

11. Menghasilkan kemuliaan dan kehormatan di hari kiamat.

12. Melepaskan diri dari penyesalan.

13. Memperolehi penjagaan dan pengawalan dari para malaikat.

14. Menyebabkan Allah bertanya kepada para malaikat yang menjadi utusan Allah tentang keadaan orang-orang yang berzikir itu.

15. Menyebabkan berbahagianya orang-orang yang duduk berserta orang-orang yang berzikir , walaupun orang yang turut duduk itu orang yang tidak berbahagia.

16. Menyebabkan dipandang ahlul ihsan, dipandang orang-orang yang berbahagia dan memperolehi kebaikan.

17. Menghasilkan ampunan dan keredhaan Allah.

18. Menyebabkan terlepas dari suatu pintu fasik dan derhaka. Kerana orang yang tiada mahu menyebut Allah (berzikir) dihukum orang yang fasik.

19. Merupakan ukuran untuk mengetahui darjat yang diperolehi di sisi Allah.

20. Menyebabkan para Nabi-nabi dan orang-orang Mujahidin (syuhada) menyukai dan mengasihi

Jom rajinkan diri kita untuk sama-sama amalkan. Peringatan untuk diri sendiri jugak ^___^. Ni ada saya sertakan sekali download zikir munajat dan terjemahannya. Klik laaaa eyh ?





"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang". (Surah Al-Ra'd 13:28)



Jika ingin memperbaiki dunia, kita perlu baiki manusia. Dan untuk baiki manusia, kita perlu baiki hatinya. Untuk memperbaiki hati, kita mesti bermula dengan memperbaiki solat kita dahulu =). Jom perbaiki kesempurnaan solat kita dengan menonton perkongsian video bermanfaat Ustaz Zaharuddin ni ='). Bermanfaat sangat.. Banyak yang saya dapat melalui video ni, alhamdulillah. Persoalan yang ragu-ragu pon dah terjawab ! Terima kasih ustaz =')










++++++++++++++++++++++++++


Comey je budak ni ! Cubit kang. Vid sekadar selingan je =)


Terima kasih sudi baca ='). Sampai berjumpa lagi, insyaAllah kalo masih bernafas. Doakan saya =)

Random : Cukuplah Dia bagiku.

Saturday, December 24, 2011

Assalamualaikum...


Seorang penyair berkata : "Bila anda mengetahui bahwa sesungguhnya anda telah bersumpah demi waktu bahwa anda akan mendapatkan segala yang anda inginkan dalam segala urusan di setiap masa yang anda lalui. Lalui, ia juga akan memberikan apa pun yang anda sukai, maka pantas saja anda bersedih hati jika kehilangan setiap peluang yang tidak pernah tercapai. Jadi, bersyukurlah dengan apa yang ada. =)


Jom baca cerita ni, inspired sangat =)


Seorang lelaki memasuki masjid bukan pada waktu solat lalu jumpa la seorang budak kecik ni berumor 10 tahun sedang khusyuk solat. Dia menunggu sehingga anak kecik itu selesai solat dan mendekati budak tu serta bertanya, " Anak siapa wahai anakku ?". Budak tu menitiskan air mata, mengangkat mukanya seraya berkata, "Wahai pakcik, saya seorang yatim piatu". Lelaki tu pun tersentuh hati dan berkata "Mahukah kamu menjadi anak angkatku ?"


Budak tu tanya, "Apakah jika aku lapar, kau akan memberiku makan?". Orang itu jawab ya. Pastu budak tu tanya lagi, "Apakah jika aku tidak mempunyai pakaian kau akan memberiku pakaian ?". Orang itu mengangguk dan mengatakan "Ya". Anak kecik itu bertanya lagi, "Apakah engkau akan menyembuhkanku jika aku sakit ?". Orang itu menjwab, "Wahai anakku aku tidak mampu melakukan itu.". Anak itu tanya lagi, "Apakah engkau akan menghidupkanku bila aku mati". "Aku juga tidak sanggup" Jawab orang tersebut. 


Anak itu berkata :"Kalau demikian pakcik, serahkanlah diriku kepada :
"Tuhan yang menciptakan aku (dari tiada kepada ada), maka Dialah yang memimpin dan memberi petunjuk kepadaku. Dan Tuhan yang Dialah jua memberiku makan dan minum. Apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkanku. Dan Dialah yang mematikan daku, kemudian Dia menghidupkan aku. Dan Dialah yang aku harap2kan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat" -Surah Asy-Syu'ara : Ayat 78-82.


Bila kita ada masalah, terus kita rasa down,sedih, kecewa, kan ? But then, kita selalu terlupa yang Allah selalu ada untuk kita. Dalam susah atau senang. Sedih atau gembira. Kita sering terlupa bahawa kita sebenarnya tidak perlukan pergantungan pada orang lain, manusia lain secara keseluruhan kerna cukuplah Allah sebaik-baik pemelihara urusan kita. 


Cukuplah Allah bagiku. Harapnya ungkapan yang tidak hanya di mulut. Note to myself !


Sesiapa yang beriman dan bertawakkal padaNya, nescaya Dia akan memberikan kecukupan kepadaNya. =) InsyaAllah...


Sumber cerita :Jangan bersedih. Jadilah wanita paling bahagia-Dr.Aidh Bin Abdullah Al-Qarni.


Tersurat atau tersirat ?

Wednesday, December 21, 2011

Assalamualaikum...


Apa khabar semua ? Harap2 sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik. Alhamdulillah, jari jemari masih lagi mampu menari-nari kat atas keyboard ni, mata masih mampu menghadap skrin, menaip entry. Jujur, kebelakangan ni saya rasa sedikit down. Masalah bertimpa-timpa rasanya. Sentiasa ada. Tapi, alhamdulillah la, at least masalah tu kan akan menjadikan kita akan bertambah kuat. Dan dugaan tu menandakan Allah swt sentiasa sayang kita. Jadi, pointless la kan kalo nak bersedih je memanjang. =)


Saya baru tersedar something berguna minggu ni. Eh, da lama tersedar sebenarnya cuma ambik endah tak endah je huhu dan satu peristiwa tu membuatkan saya terus tersedar dan terbukak hati, fikiran. Terima kasih sangat pada yang terlibat untuk menyedarkan diri yang lemah ni ='). Terima kasih, terima kasih terima kasih (u know what i mean by those repeated words).


Korang kan, bila tengok something yang macam pelik atau lebey tepat nak cakap, tak sepatutnya berlaku, apa fikiran korang ? Bad impression right. Akan terus pk negatif. So am i huhu. Mostly. Saya kadang2 tak terlepas daripada pk benda yang buruk rather than pk benda yang sebaliknya. Kenapa ? Sebab kita da stickkan fikiran kita ke arah tu, so mindset pon akan kata begitu la.


Tak faham ? Hehe, okei okei. Contoh mudah la macam ni, korang tengok dua orang, sorang lelaki dan sorang lagi pompuan, berjalan nak seberangi jalan yang sibuk dengan lalu-lalangnya kereta semua, jalan pulak bukan biasa2 je, siap pegang2 tangan segala, tapi herannya still jalan slumber je, takde plak nak cepatnya, tapi boley plak pegang2 tangan. Then, jujurnya apa yang korang pk ? Sesetengah kita pasti ada yang akan pk, "Ish teruklah dia tu, nak lintas jalan pon pegang2, tau la couple tapi agak2la". Haa, tu la yang saya maksudkan dengan berfikiran negatif. Lebey kuranglah hehe. Sedangkan korang tak tahu,maybe tu adik dia kot. Kang dah salah tafsiran kat situ. Kenapa tak cakap je, "Eh, bagosnya abang tu, pegang tangan adik dia. Tanda risau tu.". Hehe, saya time taip ayat tadi tergelak jap, sebab saya tau sangat susah kita nak pk macam tu kan sebab kita akan judge something tu terus daripada apa yang kita nampak. Sebab tu, mostly kita terus akan cakap, "Eh, kenapa dengan dia tu", "Eh, kenapa buat macam tu", etc lah rather than kita pk kan yang positif semua. Yang atas tu hanyalah sekadar contoh sahaja =)


Saya akui, berfikiran positif tu kadang2 susah. Tengok contoh diri saya sendiri la. Bila masalah bertimpa-timpa, terus saya rasa, "Eh, kenapa ni, salah apa ni ?", rasa macam seorang yang loser je. Tapi bila tengok positif, at some point benda tu lebih banyak memberi kekuatan pada saya. Dan sepatutnya saya harus bersyukur lah sebab saya dibukakan minda, dicelikkan hati, untuk berfikir mana yang baik dan mana yang buruk. Biar rezeki tu susah, asal diredhai dan diberkati Allah swt. Alhamdulillah, syukur pada Allah. Hanya tu je la perkataan yang mampu saya ucapkan.


Kadang2 saya pun takot dengan diri saya sendiri. Takot andai something yang saya buat tu tak ikhlas. Sebab sekarang pun masih lagi tercari-cari macam mana nak ikhlaskan diri. Serious, susah sangat even kita boley je ucapkan di mulut kan, yang kita ni ikhlas tapi He knows everything ! Teringat saya satu ayat Allah, dari surah Al-Mulk, ayat 13 dan 14 ; "Dan rahsiakanlah perkataanmu atau nyatakanlah. Dia Maha Mengetahui segala isi hati ; Apakah (pantas) Allah menciptakan itu tidak mengetahui ? Dan Dia Maha Halus dan Maha Mengetahui.". Takotkan. Takot kiranya amalan kita tu hanya sia-sia. Takde makna, good-for-nothing. Nak menaip entry ni pun saya takot, even ditujukan semata-mata untuk diri saya sendiri, saya takot kiranya niat tu berubah. Berubah jadi riak, nau'zubillah arap2 dijauhkan. Niat senang je berubah kalo tak disetkan dengan betol2 hanya keranaNya.


Contoh lain, bila saya terjumpa seorang member baru-baru ni, terus cakap " Encik bla bla, saya tak jumpe lagi Dr., rasanya Dr. dah tak terima kot saya under dia sebab da ramai kan yang under Dr.". Haaa, see that's what i mean by negative thought ! Kenapa boley cakap tak terima even kita sendiri pon tak jumpe dengan dia lagi. Then bila call Dr., mesej and tanya, guess what Dr. okei je pon, no hal ! Thanks Dr., and sorry for the wrong thought ='(.  Well, tu la yang susahnya bila ada negative thought. Tengah berusaha kuat nak halang benda tu dari menyemak lagi dalam idup ni, insyaAllah =)


Peringatan lain, bila orang buat jahat pada kita, tak guna kita balas dia jahat. Serious cakap, takde makna. Tapi serious jugak saya tau memang susah nak deal dengan orang yang macam ni, lagi2 bila berkaitan dengan soal kepercayaan. Sekali rasa dikhianati, sampai bila akan rasa dikhianati, sebab kepercayaan pada saya bukan something yang boley dijual beli, kan ? Tapi takpe, orang putih cakap, time heals everything. So, everything need time and for sure as long as i'm still alive. Tak tau mati bila kan. 


Apa-apa pun, sentiasalah muhasabah diri sendiri. Tak terus point fingers pada seseorang, maybe kita pon ada silap sendiri. Dan bila something yang kita tak inginkan tu terjadi, eloklah kita berfikiran positif, pandang benda tu melalui pandangan tersirat, bukaknya tersurat. Sebab kalo yang tersurat sah sah la kita akan tengok yang lebey buruk banyak rather than yang baik. Pernyataan tu adalah untuk diri saya sendiri...


Moralnya hanya nak cakap, bila kita tengok something tu sepatutnya jangan terus judge. Jangan rasa down, susah hati etc. Tapi tanya diri kita dulu, "Aku ni tengok yang tersurat ke yang tersirat ?" Kalo tengok yang tersurat, then cuba pk kan plak apa tersiratnya insyaAllah akan nampak hikmatnya =). Buka mata hati, insyaAllah sesuatu tu akan dihayati. Eh, pandai pulak berpantun 2 keratnya hehe ^___^


Doakan urusan kita semua dipermudahkan Allah swt. Doa doa dan terus berdoa sebab doa tu senjata orang mukmin, rugi tak buat. Saya ada cerita yang sedikit lucu pasal doa ni, pengalaman saya sendiri. Dah lama, tapi pengalaman tu la yang membuatkan saya terus percaya pada doa padaNya. Nanti2 la len entry insyaAllah akan diceritakan. Btw, Allah kalo nak pemudahkan urusan kita kejap je urusan yang susah tu jadi mudah. Seriously. Dan sekarang alhamdulillah rasa lebih teratur, even ada certain perkara yang membuatkan rasa sedikit kecewa bukan kecewa padaNya tapi kecewa pada hambaNya. Tapi biasalah, positif suda kan, manusia kan sentiasa melakukan khilaf, termasok saya. Nak tak nak, tu adalah fitrah manusia. Harus terima =). Ketenangan harus dicari dan diusahakan.. Jya~ 


Terima kasih sudi baca entry yang panjang ini. Rasa lega bila dapat menulis ='). Bukan blogger tapi seorang penulis, boley tak ? Assalamualaikum, jaga diri, hiasi peribadi !

Jom berusaha !

Tuesday, December 20, 2011

Assalamualaikum....


Manusia
Andai mampu aku menuturkan
atau mampu bisa ku tuliskan
atau mampu angin lalu bisa menterjemahkan
rasa dalam diri
dalam hati
dalam nurani
adakah engkau mampu mengerti ?

Andai rasa kecewa mampu diterjemah
atau mampu dinyatakan
mampu jua dibisikkan
akan aku khabarkan sebesar mana rasa kekecewaan itu

Namun kudrat seorang insan berbeza
sama sekali berbeza
aku hanya insan biasa
hanya mampu meluahkan dalam sepi yang ketara.


Hanya sekadar nukilan puisi.. Jom berusaha dengan lebih gigih lagiiiii ! Chaiyok2 Jah ! =)

Terima kasih makcik !

Saturday, December 17, 2011

Assalamualaikum...


“Mak cik sedih dengan dia. Kadang2 makcik selalu tertanya-tanya apa salah makcik sampaikan dia tergamak buat macam tu. Makcik cuba pelihara dia, jaga dia sebaik mungkin dari dia kecik lagi. Ye, mungkin hidup kami takdelah senang, tapi makcik berusaha untuk bagi dia ilmu yang cukup, supaya dia boleh jadi manusia berguna, dunia akhirat. Untuk kesenangan masa depan dia jugak. Boleh bantu makcik jugak. Makcik tak kisah dia tak bagi duet ke pa, Cuma yang makcik kisahkan kenapa dia langsung tidak telefon makcik, tak bertanya khabar makcik, tak jenguk makcik. Makcik tak kisah langsung duit dia, makcik hanya kisahkan kasih sayang dia. Makcik rindukan dia...”


Ayat last makcik tu tadi memang dah cukup membuatkan air mata ni bergenang huhu. Saya pernah dengar kisah anak tak kenang budi tapi selalunya ia ibarat angin lalu, dengar dan lupa, begitu sahaja. Saya pernah dengar kisah anak tak mengenang budi. Tapi saya tak sangka hari ni saya akan dengar cerita tu dari mulut seseorang yang bergelar ibu. Saya sering dengar kisah anak tak kenang budi, tapi saya tak sangka kisah makcik tadi begitu menyentuh atau lebey tepat merobek hati saya. Membuatkan saya rasakan perjalanan saya untuk pulang ke kampong halaman tadi sangat sangat sangatlah jauh. Ibarat berpuluh-puluh jam even amek masa hanya 3 jam je. Alhamdulillah, sampai dengan selamat. masih mampu lihat ma dan abah serta family.


Mendengar cerita makcik tadi membuatkan saya tersedar,insaf, dan teringin sangat bila sampai tadi untuk terus memeluk ibu saya... betollah kata orang kan, kita takkan pernah benar benar merasa sesuatu sehingga kita mengalami situasi tersebut. Mendengar kisah kekecewaan daripada seorang insan yang bergelar ibu, ma, umi dan sewaktu dengannya lah, membuatkan saya rasa bersyukur. Bukan bersyukur disebabkan perkara yang berlaku pada beliau tapi bersyukur sebab saya terpilih untuk dengar cerita makcik tu dan seterusnya boleh dijadikan pengajaran berguna untuk diri saya sendiri.

Seriously, hari ni saya dapat satu pengajaran yang sangat sangat sangat berharga daripada seorang ibu yang meluahkan kekecewaannya pada anak dia. Saat ni, tika detik saya menaip entry nih, sukar lagi untuk saya percaya bahawa saya terpilih untuk dengar masalah makcik tu. Bila fikir balek, Alhamdulillah. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu pada saya kat situ. Terima kasih Ya Allah =’).


Melalui peristiwa tadi. seriously, kesian makcik tu. Dia hanya mahukan kasih sayang kita, sebagai anak. Duit kita, harta kit, kekayaan kita langsung la dia tak heran, kenapa ada yang tak terfikir ? Kenapa kejam sangat ? Kenapa ? Kenapa weh ? okeilah, maybe saya tak layak nak hentam, judge orang but at least tolonglah consider perasaan dia. Dia pelihara kita, didik kita berpuluh-puluh tahun, pastu last2 ni balasan kita ? fair ke ? At least telefon lah, kenapa kejam sangat sampai tak telefon segala. Jangan sampai dia kembali ke “sana” nanti, barulah nak insaf. Dah tak guna huhu.. nauzubillah, harapnya saya dijauhkan daripada menjadi anak yang tak kenang budi....


“Takyah lah nangis untuk anak  tak kenang budi camtu makcik”, nasihat aku ! err gurau je, takkanlah nak nasihat camtu plak, takke lagi menangis makcik tu..

“Sabarlah makcik, makcik kena yakin Allah dah ada perancangan untuk setiap hambaNya. Mungkin nanti anak makcik akan cari balik makcik, dan mungkin jugak dia sibuk sekarang, jadi tak sempat nak jenguk makcik. Dan mungkin jugak Allah nak temukan makcik dengan anak makcik dalam keadaan yang sangat manis. Banyak kemungkinannya. Makcik sabarlah ye, insyaAllah sentiasa berdoa padaNya, orang yang sabar ni banyak hikmatnya”... Hurm lebey kurang macam tu la kata2 saya tadi, mungkin saya ni tak pandai berkata-kata, seriously tak pandai hehe, tapi at least tadi nampak jugak makcik tu menguntum senyum hehe. “Jangan jadi macam tu, jangan lupa ma ayah”. Nasihat makcik tu tadi akan aku pegang sampai bila2, insyaAllah...

So, janganlah jadi anak yang tak kenang budi. Janganlah biarkan air mata ibu kita menitis disebabkan dia kecewa dengan kita. Tapi biarkan air mata dia menitis disebabkan rasa terharu dan gembira dia pada diri kita. Dan setiap kali lepas solat, titipkan doa untuk ibu bapa kita. Jangan pernah lupa.


Ya Allah Ya Tuhanku, ampunkanlah dosa kedua orang tuaku dan peliharalah mereka sebagaimana mereka memelihara aku dengan sebaik baiknya. Peliharalah keaiban mereka, dunia dan akhirat. Rahmatilah mereka. Sihatkanlah tubuh badan dan panjangkan umur mereka agar aku masih berkesempatan untuk membalas jasa mereka...


Harapnya aku masih mampu untuk membalas jasa mereka berdua. Terima kasih ma dan abah =’|.. Kisah makcik tadi adalah hikmat yang sangat bermakna. Terima kasih makcik, dan terima kasih Allah sebab temukan aku dengan makcik tu tadi. Dan semoga anak makcik tersebut tersedar dia dah jauh melencong. Jom, sama-sama berdoa semoga dia diberikan hidayah. Tersedar silap dia huhu. Banyak yang diborakkan dengan makcik tadi tapi tak perlulah nak diceritakan semuanya kat sini kan. Cukuplah highlight kan jangan pernah jadi anak yang tak kenang jasa ma ayah kita semua... 


Seorang ibu akan sentiasa mendoakan anaknya. Seorang ibu akan sentiasa menyanyangi anaknya. Dan jah tahu ma sentiasa menyanyagi jah tapi sebanyak mana itulah yang tak mampu untuk diterangkan. Ia takkan dapat dijelaskan melalui kat-kata. Benar. Jah pun tahu jah sayang ma tapi masih tak tahu adakah rasa sayang tu adalah sebesar kasih ma pada jah. Tapi insyaAllah akan cuba untuk top-up rasa sayang tu setiap hari. Top-up yang akan sentiasa bertambah, bukan berkurang..... Harap2 bukan sekadar kata dan harap2 sentiasa dipermudahkanNya...


Btw, tadi last paper saya. Hurm, overall. ntah haha. takpelah yang penting dah usaha huhu... risau jugak. sekarang tinggal tawakkal, doa dan yakin je la. tolong doakan saya ye, anda memang baik hati hehe..Tahu kan, bila kita doakan saudara kita tanpa pengetahuan dia, malaikat akan turut mengaminkan doa kita tu then kita pun akan dapat apa yang kita doakan tu, insyaAllah. tolong betulkan saya kiranya salah.

Terima kasih membaca ! ^___^

Giveaway yang Sangat Berbaloi !

Tuesday, December 13, 2011

Assalamualaikum...


Short update. Jom join GA dari PenaMaya. Bermanfaat sangat GA nya, simple yet berbaloi. Sangat sangat sangat berbaloi, seriously !.


GA ni dibuat sekali setiap bulan, tapi depends jugakla kot pada penulis tersebut. Joinlah, kot2 ada rezekii korang. Mana tahu kan =). In short, GA ni berkenaan perkongsian ilmu. Bagoskan ^___^.. Penulis akan tanya korang soalan then korang jawablah berdasarkan apa yang korang tahu. Haa, dari situ korang dah kongsi ilmu dengan orang laen. Kan bagos, bermanfaat. Semua orang boley tahu kita punya pendapat even biarlah pendapat biasa biasa je pon. Takyah malu, kan kita semua belajar dan akan sentiasa melalui proses pembelajaran dari masa ke semasa. Yang penting niat kita tu =). 


Then 3 orang penkomen terawal akan dipilih, err senang2 korang bacala eyh syarat dia. Sangat simple. GA yang paaaling simple saya pernah tahu yet sangatlah berbaloi untuk ikut serta sebab berkaitan dengan ilmu..Rugi tak join, serious cakap.

Right now pon ada buat GA, bolehla nak join. Masok je kat sini ! Tapi GA yang ni laen sikit. Baca je la ye and benda ni actually depends jugak pada rezeki. Kalo tak dapat pon boley je cuba len kali, kan ^^. Tak salah mencuba dan kalau tak sempat pon tak salah jugakkan kalau kita berkongsi ilmu. Komen je apa yang korang tahu. It's a good thing... =)


Jom join ramai ramai hehe. Let's spread your knowledge !


Semoga usaha beliau sentiasa mendapat rahmatNya... Terima kasih.

Lau Kaana Bainana.

Sunday, December 11, 2011

Assalamualaikum...


Kalau anda semua ditanya :
"Kalau diberi peluang untuk berjumpa seseorang yang sudah tiada, siapa yang kamu ingin sangat untuk temui ?"

 Haaa, apa jawapan korang ????

Err apa khabar semua ? Harapnya kita masih diberikan kesihatan yang baik dariNya. Jom bersyukur kita masih bernafas saat nih =). Alhamdulillah. Err, tadi da abes satu paper. alhamdulillah. terkial-kial jugak nak jawab hee, tapi takpelah dah usaha. sekarang, tawakkal dan banyakkan berdoa ^^.  Positif sudaaa...


Eh, semakin nak exam ni kan semakin banyak dugaan dan semakin terasa tahap keinginan dan kelajuan nak update tu bertambah tambah tera giga mega bytenya. Takpelah asal updatenya yang  bermanfaat, ye dokk ? Harapnya bermanfaat lah dan tak syok sendiri punya hehe.. Korang pernah dengar tak dokumentari pasal Lau Kaana Bainana ( sekiranya Rasulullah saw bersama kita ). Best gila kot huhu. Dan sekarang ni dalam proses nak habeskan semua episodnya. Sedih tengok dokumentari tu. Pasal Rasulullah saw. Tetiba rasa rindu. Sebak... Pilu... Bila tengok dokumentari tu, rasa malu pada diri sendiri, pada Baginda, pada Allah sebab even ada hal kecik pon berkenaan Rasulullah saya sendiri masih tidak mengetahui huu, terukkan.... =_="". Tapi takpe, proses pencarian ilmukan sentiasa berterusan, tak perlu nak malu. Ye dokk ? =)


Dan bila dengar lagu temanya pon dah cukup membuatkan saya ingin ulang dengar di samping cuba nak memahami dan mengingati maksudnya.Tak puas nok dengar. Lirik sangat mendalam, bermakna.. Speechless, kalo tak percaya cuba dengar. Sayu dengar dan tak tahulah kenapa bertambah-tambah sayu bila tiba part "Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad, Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja"... Serius akan menitis air mata even tahanla macam mana sekalipon =_="




Wahai Tuhanku kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan
keampuananMu dan sifat pemurahMu
Dan kebebasan daripada api nerakaMu
Dan juga syurga bersama-sama penghulu seluruh manusia.
Kami mohon padaMu
Mohon dengan sangat wahai Tuhanku,
dari sudut hati kami yang paling dalam...

Kalaulah kekasihMu masih berada bersama kami,
akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan kekasihMu.

Berada berhampiran Baginda jiwa turut menjadi harum,
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah akan turut diperkenankan,
cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith2mu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Ku tebus diriku dengan dirimu wahai kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berasa berhampiranmu jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam...

Wahai kekasihku, wahai Muhammad,
Wahai doktor hatiku,
wahai yang dipuji puja,
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui,
Oleh Tuhan yang turut berselawat kepadamu....


Tengok lirikkan. Penuh penghayatan. Bermakna sangat. Hebat orang yang rekanya. Bila eyh agaknya lirik bermakna macam ni ada kat Malaysia ? Err, no komen...


Saya percaya tak ramai yang mahu kembali ke zaman Rasulullah saw bukan sebab selfish tapi kita mahukan Baginda kembali bersama kita semua di abad nih sebab nak perbaiki segala kerosakan akhlak, dunia yang berlaku harini. Tapi semua tu mustahilkan. Sebab semuanya harus dimulakan oleh diri kita sendiri ^___^. Kesedaran dalam diri masing2.Tapi kalo boley nak sangat3 kembali ke zaman Rasulullah saw ='|


Oh ye, jom amalkan perbanyakkan selawat ke atas Baginda. lepas solat dan sebelum tdo tiap2 malam 100 kali.. Kejap je tu ^^


Oklah, nak sambung tengok Lau Kaana Bainana pulak. Eh, tak boley jah. Stop dulu, kena study ! Lusa ada test lagi. Kuat ke ? InsyaAllah hehe. Jom, face-a-book. Not facebooking okei ! 


Penutup : Saat2 kewafatan Rasulullah saw


Doakan urusan saya dan kita semua dipermudahkan. Terima kasih semua ! =')

Kecewa.

Wednesday, December 7, 2011

Assalamualaikum...


Langkah semalam...
Tidak mungkin akan diundur kembali..
Jua semakin pudar titian hari ke hari..

Detik waktu seakan menyanyi,
Dalam hati,
Dalam sanubari..

Seakan berbisik sepi..
Untuk terus dimengerti...

Waktu melayang pergi,
Ingatan menusuk sendiri,

Tanpa dimengerti...
Selagi nyawa masih terpatri,
Selagi itu langkah terus dijejaki
Walau hempedunya tidak terperi
Namun akan jua digagahi..

Kau yang bermegah diri,
Mengapa perlu siniskan diri ini,
Dengan pahitnya tusukan bicara,
Sedangkan itu semua tipuan duniawi semata..
Perlukah aku ingatkan kita semua sama sahaja ???????

Namun, sedarku diri ini hanyalah diri ini. Tiada yang lain. Aku adalah aku. Siapa aku untuk menasihati ? Siapa aku untuk perhalusi ? Satu saat akan terbukti. Satu janji tersemat di hati. Pasti akan jadi realiti.. InsyaAllah



Aku kecewa dengan pandangan sesetengah manusia. Kecewa dengan sempitnya sesetengah fikiran manusia. Kecewa dengan sempitnya cara mereka berkata-kata. Ya, standard seseorang berbeda. Berbeza. Namun, patutkah semua itu dijadikan bahan sindiran ? Ejekan semata ? Herdikan ? Ingat, kita semua sama. Sama. Sama. Dan sama. Kita semua makhlukNya. Jadi tak banyak bezanya. Cuma kita semua berbeza di mataNya melalui amalan kita. Baik amalnya, baiklah padaNya.. Jangan terlalu bermegah dengan dunia, dengan apa yang kita ada hari ini, Jika Allah nak tarik, kejap je Dia boleh tarik. Kejap je Dia boleh tarik nikmat yang Dia bagi! Kejap je huhu..  Kuatkah aku ? InsyaAllah



Maaf, entry nak meluahkan kekecewaan sikit. Huhuu.. Doakan saya dan kawan2 final minggu depan  nanti. Semoga semua urusan kita semua dipermudahkanNya, insyaAllah...


Cuba untuk senyum dalam pahit tapi saaaangat sukar....

Rindu weh !

Thursday, December 1, 2011

Assalamualaikum...


 (Perbualey talipon)

: Cik su, bilo nok kelik sini ?

: Dok tau lagi kak long, nati abeh exam ciksu la, lambat lagi huhu

: Cepat cepat la kelik sini ciksu, kak long rindu doh ni.

Aku, diey (tehey sebok nga sekok di dada. tehey air mato dari jatoh ke pp =( ).

: Tulun doa ko ciksu atek deh, v bulih jawab nati. Kim saley ko umi. Bye !



Oh, serios aku rindu weh, rindu nok kelik kapong, rindu family. Rindu ma. Rindu abah. Rindu anok anok sdaro. Rindu sumo hok ado sano. Rinduuuuuuuu sangakkkk ! =_="


Dok pehey? Bukey masaloh sayo hehe tapi timo kasih sudi baco.


Btw, kak long tu namo panggiley anok sdaro sulung sayo =)

Bilo doh stress gak, tahap kelajuey update pon bertamboh tamboh la ish ish, hurmmm. Bye ! Tolong doakan urusan saya dan kita semua dipermudahkan ^^

If we were in his shoes.....

Sunday, November 27, 2011

Assalamualaikum...


Where do we go when hope runs out ?
When we're empty ?
When there's nothing left ?








Macam mana kalo kita ada di tempat dia ? Huhuu


In short, saya rasa kagum dengan si Nick nih. Kalo compare dengan kita, banyak kelebihan kita dari sudut fizikal yang dia takde, tapi still dia pandai manfaatkan kekurangan dia tu untuk dijadikan kelebihan ! Inspiring sangat. Dan kita patut bersyukur dengan diri kita.



Lagi satu, saya kesian dengan dia. Lagi lagi bila da baca dia punya story dari kecik. Cuba korang jawab soalan yang kat atas tu, Qs before those vid. As a muslim, kita boley put FAITH kita pada Allah swt, percaya dengan setiap Qada' dan Qadar Dia. Turns to Him, right ? Tapi tengoklah si Nick, he's non-muslim so kesian pulak bila pk balek. Kan bagos kalo dia muslim.. Oleh itu, pon kita patot bersyukur sebab kita da ada nikmat yang paaaaaaaling besar di antara nikmat2 laen, iaitu nikmat dilahirkan sebagai orang Islam. Ramai yang tak sedar. Dan harapnya Islam tu tak hanya di mulut..



Oleh itu, bersyukurlah kita sebagai hambaNya.. Turns to Him in ups and down, insyaAllah He'll guide us in a way that we ourself cant imagine. He'll help us for something we dont expect. He'll make the way easier for us. Without Him we're nothing. So, sentiasa lah "Alhamdulillah" =)



Attitude is altitude ! Totally agreed ! ^____^

Maceh sudi baca =')

Sekarang atau menyesal ?

Assalamualaikum...


Time kecik kecik dulu, selalu dengar pepatah Inggeris nih. A man who decide to change on 12th die on 11th. Tapi biasalah kan budak budak, so still tertanya pada diri sendiri. "What does it mean ?", even ada je agakan yang seakan tepat tapi still tak puas hati =) (err, nak jugakkan). But then, this vid cleared up all the mess. "Oh, i got it ! " hehe.. Thanks for the video.






Semoga cukup kuat untuk berubah ke arah yang lebih baik, sentiasa istiqamah insyaAllah =)


Mati tak kira pangkat kita, sape diri kita, takkan tunggu samada kita telah bersedia atau tidak. Jadi, perlu sentiasa bersedia (note to myself).

 
Pesanan seorang kawan, hidup kita ni adalah satu perjalanan. Perjalanan yang jauh. Diibaratkan dunia nih seperti sebuah bas yang mana kita di dalamnya, sedang berjalan menuju ke dewan peperiksaan. Ironinya, kita sedang berjalan menuju ke hari penentuan, peperiksaan besar yang menentukan hidup kita yang hakiki nanti. Takotnya rasa bila pk balek =_=". Keep asking, dah cukup banyak ke amalan kita ? Hurm. Dan ye, hurm takkan mampu mengubah apa-apa, so kena ada jugak tindakannya.


Peringatan pada diri sendiri.

Alhamdulillah, 22 tahun penghijrahan.

Saturday, November 26, 2011

Assalamualaikum...


Apa khabar ? Harap harap kita semua sihat, sentiasa dalam lindunganNya insyaAllah. Salam Maal Hijrah yang ke 1433 semua =). 


Alhamdulillah =')...Jom sama sama kita ucapkan rasa syukur pada Allah sebab saat ni, detik nih masih lagi mata kita mampu berkedip, nafas kita mampu berdetik, tangan kita mampu menggapai, kaki kita mampu melangkah, bibir kita mampu menutur dan banyak lagi yang takkan abes nak terungkapkan di blog ni, yang secara langsungnya menunjukkan kita ni masih lagi hidup. Kita nih masih lagi daieNya. Kita ni masih lagi bekerja untukNya. Masih lagi hambaNya. Ya, secara zahirnya kita semua ada kerja kita sendiri, student, penjawat awam, atau swasta namun secara lahiriah kita semua adalah hambaNya yang berkerja untuknya 24/7. Takkan terlepas. Tak boley lupa (Note to myself).


Hurm, untuk diri saya pulak. Dah 22 tahun hidup di dunia nih. Kali nih dah penghijrahan yang ke-22 tahun saya. Harap-harap perubahan tersebut adalah sentiasa ke arah kebaikan. Biarpun ia cuma sedkit tapi tetap ada perubahan. Harap-harap dijauhkan daripada tersimpang even sezarah cuma dari jalanNya =_=".. Err, bagi korangkan da cukup lama tak number 22 tahun tuh ? Bagi saya, dah cukup lama rasanya hidup di dunia nih. Tapi still rasa masih tak cukup nak meninggalkan dunia nih. Rasanya bekalan tu masih sedikit nak hadapi hari kat sana nanti huhu..


22 tahun huhu. Number tu saya rasa cukup perit untuk saya. Bukan perit sebab tak dapat terima kenyataan yang saya da tua matang tapi disebabkan takotnya saya rasa bila number tersebut akan menambahkan lagi kekecewaan pada family saya terutama ma dan abah. Takot kiranya saya kecewakan harapan mereka. Harap-harap masa yang mendatang nanti saya takkan kecewakan mereka lagi insyaAllah =). Have FAITH !


Tapi kadang kadang masih kecewa dengan diri sendiri sebab still tak dapat nak manage masa dengan baik. Huhu, terleka, terlagha dengan benda benda yang remeh, yang melaghakan. Susah even ada keazaman, keazaman tu harus kuat. Yesss, I need to be strong enough to resist them ! (Eh jah, jangan cakap kat mulut je okei). Tapi tu la, kadang2 aku akui, aku FAIL even kita semua ada peringatan dari Allah swt. “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.” Surah Al-’Asr ayat 1-2. Tapi, masih jugak terlupa huhuu..
Semua baca doa awal tahun kan ? Dan harapnya doa tu seiring dengan apa yang akan berlaku pada kita nanti. Bukan hanya sekadar doa. Amal kita harapnya sentiasa ke arah kebaikan, insyaAllah (note to my-own-self).


Oh ye, tadi sempat melepaskan rindu dengan keluar dengan ex-roomate, cik wangi Wan ! Nasib datang Terengganu heee

Here's the person for the night ! Kuraku kuya aka Wan, aloloo malu-malu pulak dah haaa =p


Wani yang comey ! =)






Thanks for the night. Tima kasih jugak sebab belanja kitaorang ye wan hehe. Al-maklumla kan orang dah keje.. =) Tima kacih tima kacih tima kacih ! ^_______^

Sekian

Pernah tak korang rasa KECEWA ?

Wednesday, November 23, 2011

Assalamualaikum...




Pernah tak korang rasa, KECEWA ?
Mesti pernah kan. Kadang kadang tiap tiap ari pasti kita akan rasa kecewa. Kecewa dengan diri sendiri. Kecewa dengan orang lain. Kecewa dengan setiap yang dah berlalu yang tak seperti kita harapkan.


Pernah tak korang rasa kecewa ?
Bila mana korang study gila kuat. Hafal bagai nak rak. Nak fahamkan sume benda tu rasa macam korang berada dalam dunia sendiri. Tapi tapi tapiii time exam, huhuhu. Terlupa pulak.. Tapi it's okey lah kan, at least ada usaha. Kita ada keazaman untuk berusaha dengan cara kita sendiri. Cara yang betol. Berusaha dengan daya usaha kita sendiri. Hanya perlu bertawakkal... Just be positive, insyaAllah


Pernah tak korang rasa kecewa ?
Bila mana korang usaha punyalah banyak tapi sikit je dapat jawab..


Pernah tak korang rasa kecewa ?
Bila mana korang dapat tahu seseorang dapat jawab full punya huhu disebabkan 'sesuatu' ? 'Sesuatu' yang dah di plan daripada awal lagi. Hurm...


Pernah tak korang rasa kecewa ?
Pernah tak korang rasa kecewa ?
Pernah tak korang rasa kecewa ?
 (pernah la !!! Jawab korang dalam nada marah, sebab saya tanya banyak kali hehe =p)


Sape-sape, pasti akan rasa kecewa kan. Tak payah tipulah. Sape-sape pasti akan rasa down. Sape-sape pasti akan tanya "kenapa ?". Bukan merungut, cuma rasa tidak adil. Dan rasanya tak salah untuk rasa begitu, sebab kita berhak untuk rasa begitu. Well, people easily tend to say let bygone be bygone tapi the truth is, susah jugak nak buat semua tu. Akan teringat-ingat jugak...


Orang kata, jujur tu perlu. Tapi tengoklah huhu, kadang-kadang terlebih jujur pon susah jugak dengan dunia sekarang nih. Jujur pada masa sekarang akan membuatkan kita ketinggalan, dan kadang-kadang ditindas.Betolkah kenyataan itu ?? Betolkah ? *muka konfius


Kadang-kadang senang je nak tengok silap orang sedangkan kita pon ada jugak silap. So, sentiasalah muhasabah diri sendiri. Jangan terlalu berbangga dengan diri. Manusia, takkan lepas dari kesilapan.



Hurm.. It's okey then. Asalkan dah usaha. Yang lain, belakang kira. InsyaAllah have faith ! Bila kita yakin, Allah akan bantu. Tapi mestilah sebelum tu kena usaha dulu, then barulah layak nak berserah, bertawakkal padaNya. Kan ? ='). 


P dot s :
Bestnya bila boleh BERLAGAK bila mana sesuatu tu dapat kita buat dengan USAHA KITA SENDIRI, bukannya daripada bantuan lain. Eh tapi tak boleh jugakkan, sebab berlagak tu akan menimbulkan perasaan riak. So, sume amalan kita sia-sia. Jadi, atas usaha kita ke, atau tak ke, janganlah berlagak ye. Maceh suda baca. Rasa down tapi bila menulis, rasa sedikit semangat =). Doakan pembelajaran kami semua dipermudahkan, terutamanya saya theheee, arigatou ! Hurm, sory entry yang sedikit emo, haha =D.

*Comment unavailable

Khusyuk.

Monday, November 14, 2011

Assalamualaikum...


Hye korang ! Ogenki ? Harap2 semua sihat sihat sahaja =). Hurm, ada sedikit kelapangan petang2 ni, tingin pulak nak taip satu entry. Hehe, selagi ada kelapangan ^____^


Eh, korang dah solat blom ? Cepat !!! Solat dulu sebelom baca blog saya (bajet ramai baca), sebab saya tanak tanggung dosa. Lewat korang solat disebabkan blog nih =_=". Hurm, cakap pasal solat, korang kalo solat khusyuk tak ? Hee, saya kadang2 tersasar jugak, huu. Korang, camna cara korang nak khusyukkan diri dalam solat  ? Banyak cara sebenarnya kan..


Salah satunya, dengan memahami bacaan solat kita tu. Camna nak faham ? Banyak ? Hafal hafal, hehe insyaAllah ingat. Macam jugak kita duk nyanyi lagu, kenapa lagu tu kejap je kita boleh ingat ? Sebab minatkan ? So, takkanlah solat yang kita sentiasa buat hari hari ni, 5 kali setiap hari ni tak boleh kot. InsyaAllah boleh =)


Pada yang masih kurang memahami dan menghafal bacaan2 dalam solat bolehlah tekan tekan mesra link kat bawah ni. Err, tapi kan yang bacaan dan terjemahan surah Al-Fatihah takde dalam simpanan saya. Tapi saya yakin, pasti korang semua dah tau kan maksud surah Al-Fatihah ni. Takde hal la kan =). Kalo taktau lagi, boley je surf. Apa guna ada internet, ye dokkk ? Heee. Okei, tanak bebel panjang2, download je ye =)
















Btw huhu, saya seriously lupa kat mana saya download benda ni dulu. So, tak boleh nak creditkan. Tapi yang pasti, dalam bloglah. Kalo ada la, ada yang tau ke apa, tolong kreditkan ye.. Semoga tuan  yang buat semua terjemahan tu beroleh manfaat =) insyaAllah. Dia dah sebarkan satu ilmu penting tu kan. Terima kasih =')


Haa, lagi satu. Cara lain nak khusyuk dalam solat adalah dengan korang cuba bayangkan solat yang korang lakukan tu, adalah yang terakhir untuk korang. Hehe, boley bayangkan tak, kalo dah yang terakhir mestilah kita akan buat betol2 kan..






 P dot s :
Kalo korang ada lagi cara nak khusyukkan diri dalam solat, boleyla share sini =). Maceh sudi baca ='). Semoga bermanfaat..

Impian itu.

Tuesday, November 8, 2011

Assalamualaikum...


Impian itu,
Tika diamati,
Berbatu-batu,
Sedang ia jauh dekat di hati..


Impian itu,
Jujur terus dinanti,
Walau detiknya larian waktu,
Tetap azam sampai mati...


Impian itu,
Satu satunya harapan diri,
Juga mereka yang dikasihi,
Takkan sekali aku cuba khianati...


Impian itu,
Ye, impian itu. Masih jauh lagi..
Untuk dirasai.
Untuk disenangi.
Buat kesekian kali.

Namun yakinku, 
Dia sentiasa ada untuk diri ini. 
Dia sentiasa berjanji pada setiap dai'e.
Janji pada yang sabar.
Janji pada yang berusaha.
Janji pada yang bertawakkal..
Sungguh, janjiNya adalah benar..


Impian itu,
Tika saat ini masih di hati,
Suatu saat nanti,
InsyaAllah pasti akan aku dekati..
InsyaAllah pasti akan aku genggami... =)


Ya Allah, permudahkanlah urusan kami semua.. Ganbatte Jah ~ =)


P dot s:
Aku pernah punya impian. Pernah juga kecewa dan putus harap dalam menggapai impian itu. Namun, perlu hanya percaya tiap satu kejadian itu punya perancangan terindah daripadaNya. Sabar, insyaAllah semuanya akan jadi yang terindah sampai satu saat nanti. Hasbiyallah =')

Kawan kawan, jangan pernah putus harap dengan setiap kejadian yang terjadi pada kita, tak seperti yang kita harapkan. Jangan pernah merungut. Jangan persoalkan. Bolehla kot tanya diri sendiri kenapa. Dan daripada situ, cuba muhasabah diri kita sendiri. Maybe salah kita. Maybe ada something wrong somewhere. So, we need to seek for it ! Jangan hanya pandai salahkan takdir semata. Menangis dan luahkan padaNya. Bukan ke Dia Maha Mendengar ? Ruginya kalau tak luahkan, tak gitu ? Hehe. Note to my-own-self ! =)

Maceh sudi baca. Doakan kejayaan saya dan semuanyalah, kawan2 kita =)

Someone like you.

Monday, October 31, 2011

Assalamualaikum...


Ogenki desuka minna ? Alhamdulillah, masih lagi berkesempatan menaip di blog nih =). Ada satu dua perkara saje nak share. Nak luahkan kot lebih tepat hehe. 


Hurm, korang pernah dengar tak lagu someone like you sing by Adele. Err, saya pun tak kenal penyanyinya. Lagu tu pon dengar sebab tengok ada orang post video kat FB with the tagline, "This song is so sad =(". Sebab tu la boley tau.


Sedih ke lagunya ? Okeilah, liriknya memang agak sedihlah kan. Mula mula dengar layan jugak tapi bila tengok pada liriknya, hurmm macam pelik. In short it's about a guy whom had married. But the woman still crazy over him. Oh, please lah huhu. Why don't you just accept the fate ? Eh, cakap orang putih plak. Mentang mentang lagu omputih kan =_=". 


Bila dengar lagu tu kan, saya rasa annoyed sangat sangat sangat. Membuatkan saya terfikir, pencipta lirik lagu tuh semestinya pernah experienced something worse sebab lirik dia teruk. Teruk maksud saya ialah macam tak dapat terima kenyataan je. Tapi tak boleh jugak nak salahkan dorang kan. Sebab dorang agama laen, dan kita laen. Kita dituntut untuk redha terima setiap ketentuanNya. Yakin dengan ketetapanNYa, Qada' dan Qadar. Sebab tiap tiap kejadian tu ada hikmatnya, ye dokkk ? =)


Oleh itu, adik adik sayang, janganlah terlalu gila sangat dengar lagu omputih sampaikan tak terperasan liriknya. No good no good. Kadang kadangkan dorang ada selitkan unsur unsur yang boleh menyesatkan kita. Yang melalaikan tu dah memangla kan huhuu.. Semoga sentiasa tersedarlah =_=". Noted to my-own-self too !


Oh ye, korang yang tak pernah dengar, boleh je klik sini... =)


Haaa kena tipu. Hehe, actually tu bukan lagu si minah Adele tu tapi itu adalah doa untuk menghilangkan dukacita la korang hee. Ye la, lagu tu lagu sedihkan, lagu macam tak boley nak terima kenyataan kan, takdir semua. So, saya dengan senang hati hadiahkan doa nih pada korang yang ada masalah hati. Recite la banyak banyak. Mudah mudahan mendapat ketenangan. Janganlah bersedih, Allah kan ada. Kita selalu beranggapan kita bersendirian padahal kita tak sedar yang Dia sentiaaaaasa ada untuk kita. Jangan lupa okei =). Sentiasa berserah diri padaNya..


Ya Allah hilangkanlah dukacita,
Singkapkanlah kesedihan,
Tuhan yang mengabulkan doa bagi orang2 yang dalam kesusahan,
Tuhan yang memberi rahmat di dunia dan di akhirat,
yang mengasihani kedua-duanya,
Engkau rahmatilah dengan rahmatMu,
Kau kayakanlah aku dengan rahmat dariMu..


 Lagi satu hal. Saya kadang-kadang hairan dengan sesetengah Facebookers especially girls. No offense, terlebih dulu nak mintak maaf banyak2 kalo terasa. Upload gambar ke fb, yang bergaya, yang comey semua. Ni serius cakap, memang comey =). Saya yang pompuan ni tengok pon terkedu subhanallah cantiknya, kalo yang lelaki tengok saya tatau la macam mana pandangan dorang. Fikiran dorang. U got what i mean, kan ? =)


Tak kisahla yang tu. Satu hal membuatkan saya bertambah pelik, bila orang dah puji cakap cantik, boley plak reply balas "takdelah, pakai apa2 pon still nampak tak cantik.". Err, perlu ke cakap macam tu. Pada saya la, tu ayat da macam tak bersyukur. Tersenyum saya sendiri kadang2 meluat pon ada hehe jangan terasa hanya teguran ikhlas dan kalau macam tu baek takyah upload huhu. Positive positive, maybe sebab merendah diri kot. Okeilah tapi at least kena bertempatla, bila orang puji kita, seeloknya just cakap terima kasih, syukur alhamdulillah, semua nih rahmat dari Dia. Allah kalau nak tarik kelebihan kita kejap je Dia boleh amek balek nikmat pinjaman nih. Just in a blink of eyes ! When He say "BE", then it is ! Jadi jom sentiasa lafazkan rasa syukur padaNya =)


P dot s :
Eh, korang nak surf lagu Edele eyh ? Ish, cepat je eyh korang. Mentang2 saya tak linkkan =P


Maafkan saya ada salah silap, tolong perbetulkan. Yang terasa, maaf banyak2.. Maceh sudi baca =')
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...